Produk Kami

Rangkaian produk Rasa Mulia Sdn Bhd dihasilkan dengan menggunakan kelapa yang terpilih dan berkualiti menjadikan ianya pilihan yang tepat dan sesuai untuk semua pengguna. Semua produk Rasa Mulia Sdn Bhd adalah Bebas Tenusu, Bebas Kolesterol, Bebas Gluten, tanpa GMO dan tanpa Bahan Pengawet.

Serbuk Santan Kelapa

45g

Lihat Butiran

Santan Kelapa UHT

200ml | 1000ml

Lihat Butiran

Kerisik Kelapa

35g | 100g | 500g | 1kg

Lihat Butiran

Ketupat Nasi

200g | 260g | 650g | 780g | 2.2kg

Lihat Butiran

Kelapa Parut Kering

100g

Lihat Butiran

Air Kelapa

250ml

Lihat Butiran

Kisah Kami

Rasa Mulia ialah sebuah syarikat berpengkalan di Malaysia yang ditubuhkan sebagai syarikat pemasaran dan pengedaran produk makanan berkualiti tinggi untuk pengguna di seluruh dunia.Di Rasa Mulia kami menawarkan pelbagai jenis produk berasaskan tanaman Kelapa seperti Serbuk Santan Kelapa, Santan Kelapa UHT, Kerisik Kelapa, Ketupat Nasi, Kelapa Parut Kering dan Air Kelapa.

Baca

Resepi

Ayam Masak Rendang

Bahan Utama

-1/2 ekor ayam(dipotong)
-1 kotak Santan “RASA ENAK” 200ml”
-2 paket kecil kerisik “RASA ENAK”
-3 helai daun limau purut
-1 1/2 sudu besar gula pasir
-Garam secukup rasa
-1 sudu kecil serbuk perasa

-1 keping asam gelugor
-2helai daun kunyit(hiris halus)
-1 1/2 cawan air

Bahan kisar

-15~18 tangkai cili kering (bergantung citarasa pedas masing-masing)
-2 labu bawang besar
-6~7 ulas bawang putih
– 3 inci lengkuas
– 3 inci kunyit hidup
-4 batang serai (kisar semua bahan ini sehingga halus)

-Tumis bahan yang telah dikisar (cili kering, bawang besar, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup dan serai) sehingga naik bau dan pecah minyak. 

-Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam sedikit kecut dan kering airnya.

-Seterusnya masukkan santan.

-Teruskan masak dengan api perlahan  sehingga pekat dan pecah minyak.

-Masukkan gula,garam,bahan perasa,asam keping,kerisik dan daun limau purut. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.